Hai readers.................rasanya macam dah lama sangat saya biarkan readers tertanya2....siapakah zaki iskandar yang sebenarnya........ini adalah babak dalam novel sulung saya (novel yang saya hasilkan ketika umur saya 13 tahun). Dengan ilham yang sebesar hama...saya wujudkan watak ZAKI ISKANDAR dan ADLINA bagi mengisi dan mewarnai hari2 saya...... So, zaki iskandar adalah hero pertama yang wujud dalam dunia novel saya....enjoy reading yah!
BAB 25
Bila hati dah
terpaut,Janji pula telah diikat,cinta terus terpatri,tunggu dibaja dari hari
kehari.Rindu semakin hari semakin menggunung.Bezanya waktu bersahabat dan
berkasih jauh bagaikan langit dan bumi.Jika dulu hati kurang tersentuh apabila
kata-kata gurauan menyentuh sanubari,tetapi bila hati dah bersatu,kata-kata
yang sebegitu rupa benar-benar mengusik jiwa.Bukan Adlina tidak pernah
berselisih faham dengan Iskandar.Cuma disabarkan saja kerana dipegang kata-kata
orang,zaman bercinta banyak dugaannya. Kadang-kadang Iskandar suka mengusiknya
dengan berkata.
“ Hai ,dulu
waktu berkawan tak pula sensitif.Dah bersedia nak hidup semati dengan aku ?”
Sering
kata-katanya dibalas dengan jelingan tajam daripada Adlina.Namun Iskandar hanya
membalas dengan tawa mesra.Sudah begitu sejauh mana dapat dia bawa marahnya ?
Namun Adlina akui,Iskandar amat menjaga perasaannya dan hubungan
mereka.Hinggakan segala apa yang dilakukan diluar akan diberitahu kepada
Adlina.Kadang-kadang Adlina jadi kasihan melihatnya seolah-olah menganggap
Adlina tidak mempercayainya walau sebesar hama pun.Yang paling Adlina tidak
suka,bila ada yang merasakan Adlina bertindak sebagai queen control.Bila
disuarakan persoalan itu kepada Iskandar ,lelaki itu sekadar tertawa lagi.
“ Aku yang memilihmu
menjadi suri hatiku.Bukannya mereka.Lagipun,queen control tu tak salah,sekadar
memelihara keikhlasan hati masing-masing.Aku tak percaya apa yang orang kata
tentang cinta,tapi aku percaya apa yang orang kata tentang keikhlasan”
Adlina mahu kata
apa lagi ? Dia rasa bahagia bila Iskandar cukup menghargainya dan sikit demi
sedikit dia mula yakin akan perasaannya terhadap lelaki itu.
continue reading ya...............................to be continueee