NO USE FOR NAME

~Manusia dilahirkan dengan kekuatan fizikal dan mental, tetapi aku memilih kekuatan akal dan emosi untuk menjadi peneman dalam melayari bahtera hidup~

Wednesday, 28 December 2011

MARI KENALI OVARIAN CYST YANG SGT POPULAR...

Percayakah anda bahawa Premium Beautiful mempunyai kelebihan untuk membantu mengurangkan masalah OVARIAN CYST..Tapi adakah anda tahu ovarian cyst ini boleh dihidapi oleh SESIAPA SAHAJA??

Entry kali ni say nak share sikit tentang Ovarian Cyst yang saya baca dari blog rakan saya..So, petikan ini Khas Saya link dari website Pakar Dr. Hamid Arshat :


TENTANG OVARY


     Ovary adalah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting :

  1. Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.
  2. Mengeluarkan hormon hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat-sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks.


Gambar rajah di atas beginilah ovary sedang cuba mengeluarkan benih.




Ini ovary yang bengkak 'Polycystic ovary'. Haid menjadi tidak teratur dan tidak subur.




Ini adalah tumbuhan atau 'Tumour' pada ovary, tetapi bukan kanser. Ini ovarian cyst, mengandungi air. Juga bukan kanser.



Ini tumour jenis kanser pada ovari sebelah kanan gambar.





Ini 'tubo-ovarian abscess' yang mengandungi darah endometriosis yang banyak, bercoklat dan merosakkan organ.




Ini 'Endometriotic Cyst of Ovary'. Mengandungi darah kotor seperti coklet.




Perut wanita ini besar seperti hamil cukup bulan. Tetapi sabenarnya ia 'Ovarian Cyst' yang sangat besar. Pelbagai penyakit boleh menimpa kilang ovary, kebanyakkan adalah 'Cyst' yang biasanya mengandungi air, lendir, darah kotor, lemak. Dalam 'Dermoid cyst' diantara kandungan yang aneh ialah rambut, cartilage, gigi dan tulang.


Ada 'cyst' yang wujud secara sementara sahaja seperti 'follicular cyst' yang mengandungi air atau 'Corpus Luteal Cyst' yang sering mengiringi peringkat awal kehamilan dan mengandungi darah dan lendir. Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara spontan dan cecair diserap oleh badan.


Tumbuhan atau 'Tumour' pada ovary merangkumi yang 'benign' atau bukan kanser dan yang 'malignant' iaitu jenis kanser.


Tanda tanda.

1. Banyak kali 'cyst' dan 'tumour' pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai. 

2. Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan. 

3. Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur. 

4. Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa. 

5. Perut membesar tanpa hamil. 

6. Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause) 

7. Gangguan kencing atau air besar. 

8. Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat , hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.


Awas jangan tunggu tanda. Buat pemeriksaan pap smear dan ujian vaginal ultra-sound setahun sekali! Jika anda dihidapi penyakit ini, HARUS segera berjumpa doktor ya..
jadi kawan2.....fikir2kanlah......badan wanita adalah kilang penyakit...namun kita boleh mencegahnya jika kita benar2 inginkan kehidupan yg sihat....

tak salahkan kita habiskan wang untuk kesihatan kita.Premium Beautiful tidak merawat penyakit ini, tapi hanya alternatif membantu mengurangkan..It's serve your health & beauty better..


ps: credit to shik for this info....
 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...