Hi All readers!
Macam lama gitu dah tak update my only and beautiful blog! sibuk dengan kije....sibuk dan sangat sibuk nasib baik makan sempat...hakhak....now...turn 180 my time to my only biz...biz premium beautiful...oh my...ramai puji my body shape....and guess what? I x realize pun...Alhamdulillah....ok...tengah2 hari ni....sedang2 buat paperwork mohon bajet (untuk my bos! I x rehat gara2 kerja u bagi I ya! highlight!font 72 arial black) curi masa skit...hihi...yang ni pakai font 7 je...kihkih
my hobby ..... membaca ....my favourite...menulis...tattara.....today, for the first time....I want to share my new baby...... unknown title ( Have one in mind but x boleh expose lagi...shhh) and my new hero.... Ryan Iqram...oh yaw....im so into him...really...because I create his personality near to mine...same career....same situation....last but not least....share a same story with me....ya lah....u like sumone very very much....derr...then...u cant tell him...just keep it yourself almost 3 years...haha...oh dear...lupakan...so....this is my new baby....mempersembahkan.....enjoy reading all!!
BAB
1
Satu
persatu helaian majalah di depannya diselak dengan marah.Matanya melirik namun
pemikiran dan fokusnya tidak disitu.Mulutnya menggumal sendiri.terkumat-kamit.
Entah apa yang dibebelkannya,yang penting hatinya panas.Bahang panasnya sudah
sampai ke kepala.
‘tak guna,lahanat,lahabau,kerbau…’
bebelnya dalam hati sambil pen ditangan dicucuk-cucuk ke permukaan majalah. Habis
gambar Awal ashari menjadi mangsa.Tak pasal-pasal ada misai dan jambang
‘extra’.Panjang sampai ke dada pulak tu… Dibayangkan manusia di dalam gambar
itu seperti Ryan Iqram.Jika lah lelaki itu terpacul di depan matanya saat itu,
siaplah kau! Menjerit-jerit hatinya..
“Sayang…marah sangat dekat abang sampai
berkecai muka si awal ni…abang tau lah abang hensem macam awal ashari..”
serentak dengan teguran tersebut terpelanting segala benda yang ada di
tangannya..pen,majalah, habis dicampak beserta dengan sound effect ‘opocot’ nya
sekali..nasib baik version latahannya dalam nada irama Malaysia..kalau nada
rock,pasti dirinya sedang menjadi tumpuan orang ramai tika ini. Serentak dengan
itu tawa gelihati meletus dari bibir lelaki itu yang sibuk mengetepikan
barangnya lalu melabuhkan punggung disebelahnya.Mencerlung matanya memandang ke
wajah lelaki tersebut yang berada disisinya itu.
’Hek eleh…selamba je ko eh…Bukan ada
niat nak mintak maaf ke apa..cis!’ gumamnya dalam hati. Bibirnya dimuncungkan
tanda protes.
Ryan tetap buat bodoh dan lagak
bangangnya.dikutip majalah yang tadinya menjadi bahan lepas geram Afrina , lalu
dibeleknya.Dia tahu dikala itu mata adiknya sedang merenung tajam ke arahnya. Dia
sudah cukup masak dengan perangai adik kesayangannya itu.Afrina Natasha,gadis
polos yang terlalu disayanginya,tidak pernah walau sesaat pun mereka
dipisahkan.Gadis itu panas baran namun manja.Tidak pernah sekalipun dia mahu
berenggang dari abang kesayangannya itu,hinggakan ketika dibangku sekolah ramai
menganggap mereka adalah pasangan kekasih memandangkan rupa mereka yang jauh
berbeza itu.Bila diajukan persoalan itu kepada Umi dan Abi mereka , jawapannya
hanya satu ‘memanglah tak sama ,sha ikut keluarga belah umi , abang ikut
keluarga belah abi..sebabtu lain..yang penting binti dan bin nya sama kan?’ umi
menjawab dengan senyuman nipis.Pernah juga berlaku , kerana takut diganggu oleh
lelaki yang menggilainya dalam diam Afrina nekad menggunakan
abangnya,memintanya menyamar sebagai kekasihnya agar lelaki tersebut tidak lagi
mengganggunya.Bila dikenang-kenang kisah lama ianya menjadi bahan gelak mereka
berdua.Jarak usia yang hanya 3 tahun membuatkan mereka sependapat dan
sehaluan.Jika orang bercinta dikira ada ‘kimia’ lah…
Ryan melontarkan pandangan kearah
adiknya setelah soalannya tidak berjawab. Afrina yang masih memandangnya dari
tadi mula mencebikkan bibir
“Eh orang bulan , ntah datang dari bulan
mana ntah..alih-alih tegur orang” gumam afrina
“Aik…apasal orang bulan pulak” Ryan
menggaru-garu kepala tidak faham.
“Sebab kalau orang bumi , dia ikut jam
dunia , sekarang ni pukul 5 petang,kalau orang bumi dari pukul 2 lagi dia dah
sampai..tapi kalau orang bulan memang lembab sikit”
Ryan sambung ketawa.Sememangnya dia
telah berjanji untuk menjemput afrina di universiti,namun kejadian yang tidak
diingini telah berlaku sewaktu dia dalam perjalanan ke Uitm .Dia sudah
menghitung-hitung,pasti lunyai telinganya dibebeli adiknya yang diibaratkan
‘umi versi junior’ itu.Pasti juga memakan masa yang lama untuk memujuk hati
gadis itu.Paling tidakpun habislah poketnya terpaksa membelanja gadis itu makan
di pizza hut.Afrina walaupun berbadan kecil namun selera makannya besar.Ryan
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Hatinya tiba-tiba terasa geli hati..dari
tadi matanya tidak lepas memandang afrina.Mulut gadis itu yang mula memuncung
memancing tawanya.Ditariknya muncung gadis itu.Afrina menjerit marah.Tidak
dihirau pandangan mata beberapa orang siswa yang sedang duduk berhampiran
mereka.
“ Ha….ada hati nak merajuk-rajuk dengan
abang….ha…nak kena lagi tak?” Ryan baru berkira-kira hendak mengulangi
perbuatannya tadi,namun tangan gadis itu pantas bertindak menepis tangan ryan
sebelum sampai ke bibirnya.Ryan ketawa berdekah-dekah.Afrina masih
mengusap-usap bibirnya yang sakit ditarik Ryan.Bunyi deringan telefon mematikan
tawa Ryan.segera dijawab panggilan telefon tersebut yang membingitkan.Afrina
menjeling sekilas kearah abangnya disebelah..wajah itu….sungguh kacak
dimatanya,wajah itu …sungguh tenang…wajah itu….mendamaikannya….kalau saja Ryan
Iqram bukanlah abang kandungnya,pasti dialah orang pertama yang tergila-gilakan
jejaka itu.Pakej lengkap yang ada padanya sudah cukup menjadikan Afrina pos
bergerak di kampus itu.Ketika Ryan masih di tahun pengajiannya dalam bidang
Senibina,afrina sering menjadi orang tengah.Banyak siswi yang meminatinya.Namun
sering dipandang sepi setiap nota yang sampai kepadanya. Masih segar diingatannya
, ketika Ryan ditahun akhirnya di university , ada seorang gadis yang cukup
meminatinya.Hinggakan ketika Ryan bertungkus lumus membuat persediaan untuk
final review,gadis itu sanggup membantunya.Cuma kelemahan yang ada pada
abangnya itu,dia amat sukar mengatakan tidak kepada sesiapa sahaja walaupun
untuk perkara yang tidak disukainya.Berbeza dengan dirinya yang hanya tahu apa
disukainya tanpa memikirkan orang lain.
“Jom balik…Umi dan Abi tunggu kat rumah
“ Afrina terkocoh-kocoh mengemas barang lalu berlari anak membuntuti abangnya
yang sedang menuju ke parkir kereta.Bukannya afrina tiada kenderaan untuk ke
kampus,malah atas rengekannya abinya telahpun membelikannya sebuah
skuter.Namun,dia sengaja membebani Ryan dengan meminta abangnya itu menghantar
dan mengambilnya dari kampus.Yang bagusnya,tidak pula lelaki itu
merungut-rungut walaupun kenyataannya Ryan juga ada kerja yang harus
dilakukan.Cuma bila dia terpaksa bertugas diluar Bandar sahaja,barulah Afrina
‘pandai’ untuk pergi dan pulang ke kampus sendiri tanpa mengharapkan bantuan
orang lain.Sudah banyak kali uminya membebel.Abinya hanya tersenyum meladeni
sikap manja anak bongsunya itu.Apa boleh buat…mereka memang memerlukan antara
satu sama lain
Ryan tersenyum-senyum namun fokusnya
masih tetap pada pemanduannya.Pesanan ringkas yang diterimanya mengingatkannya
kepada seseorang.Afrina perasan akan reaksi abangnya yang tersenyum sumbing
dari tadi.Bukan setakat senyum-senyum…siap boleh menyanyi walaupun lirik yang
keluar dari bibirnya ntahahapehape.Gumbira sungguh lagaknya.
“Abang…ni apasal senyum-senyum macam
kerang busuk ni.”teguran afrina membawanya ke alam nyata.
“Ha?takde pape…”
“Yelah tu…takde pape….seram orang
tengok…sakit bijik mata sha tengok…boleh tak jangan sengih-sengih macamtu”perli
Afrina.
“Alah…senyum pun tak boleh…tak ke sha
rasa abang ni memang nampak kacak bila tersenyum macamni?abang terasa
handsome.” Meletus tawa dari ulas bibir ryan bila selesai
berkata-kata..Haktuih…perasan nak mampus….Afrina menjuihkan bibir
comelnya.Cepat-cepat ryan mencubit bibirnya yang sedang memuncung.Yes!!kali ni
Berjaya!Afrina baru bercadang untuk membalas perbuatan ryan,namun hajatnya
dimatikan setelah deringan telefon menjerit-jerit membingitkan telinga.Kelam
kabut afrina menggeledah isi perut handbagnya mencari telefon yang berdering
bingit.
“ye Umi!ye..ye…on the way nih…abang ada
kat sebelah ni…dia yang salah umi..bawak kereta macam siput sedut.siput sedut pun
laju mi…”Afrina sengaja berseloroh untuk menyakiti hati abangnya.Ryan yang
sedang khusyuk memandu tersentak apabila namanya disebut sebagai pesalah di
dalam hal ini.
’Ini sudah lebih..dia yang jalan slow
macam ratu cantik nak salahkan orang pulak’bebel ryan dalam hati.Tanpa sedar
afrina dapat menangkap ketidakpuasan hati abangnya melalui memek muka jejaka
tersebut.alalala…..dia suka bila ryan buat muka begitu,dan yang paling dia suka
bila ryan tersenyum menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.Dia …bukanlah
kategori lelaki tampan setampan tom cruise,namun senyumannya bisa buat gadis
tak tidur malam.Afrina membalas jelingan abangnya dengan senyuman.
“apa tengok-tengok?”sergah ryan tanpa
menoleh kearah afrina.Cepat-cepat afrina menoleh kearah lain..alamak kantoi la
pulak…haha
“cepat la drive tu siput sedut..umi dah
bising”
Kereta meluncur laju membelah kesibukan
jalan raya menuju ke destinasi.
Tanpa mengucapkan terima kasih, afrina
terus meluru keluar dari kereta. Ryan yang sedang terkial-kial mencapai segala
beg-beg afrina di tempat duduk belakang tidak dihiraukan. Namun, baru beberapa
langkah, gadis itu berpatah balik mendapatkan Ryan.
“ Hah? Apsal ni? Tadi bukan main laju
macam nak terkincit je gayanya.” Seloroh Ryan seraya mengangkat keningnya. Afrina
tersengih sumbing sambil memuncungkan mulutnya kea rah kasut-kasut yang
berselerakan di hadapan pintu masuk utama villa mereka.
“ Abang, sha lupa nak Tanya, ada
function pape kat rumah sampai umi dan abi tergesa-gesa suruh balik awal ni?”
Ryan hanya mengangkat bahu.
“ Sorry, saya tak tahu apa-apa hokay.
Saya hanya diberi arahan untuk membawa balik tuan puteri yang cengih ni tepat
pada masa seperti mana yang diarahkan.” Nah...sekali lagi dia senyum
menunjukkan sebaris giginya yang putih itu...siap pakej lesung pipit...bukan
satu tapi dua...ahhhh....tergodanyaaaa....
“ Cengih...cengih....bagi cengkih baru
tau” Afrina terus berlalu meninggalkan abangnya yang masih tersengih penuh
makna itu. Kaki dihayun laju melintasi ruang utama villa. Sesekali terdengar bunyi
gelak tawa bersahutan, tawa umi, tawa abi.....dan tawa-tawa insane yang tak
dikenali.
“ Ha....balik dah anak kesayangan umi
ni...mari sini saying “ Afrina baru berkira-kira mahu terus naik kebilik.
Keletihan seharian di university, menghadiri sesi kuliah membuat otaknya sendat
dan penat. Kalaulah jadi student sesenang menjadi Afrina Natasha di dalam villa
ini, alangkah bahagianya...nge~
Senyuman cuba diukir, tetamu umi dan abi
adalah tetamunya juga. Posisi badan dialih kea rah suara uminya. Serentak dengan
itu Ryan tiba di hadapan pintu masuk utama. Di kiri dan kanan tangannya penuh
dengan beg-beg. Punya Afrina. Punya dirinya sendiri juga. Afrina hanya berdiri
disitu. Aduhh....umi dan match maker nya yang tak sudah-sudah. Patutlah Ryan
tersenyum penuh makna tadi. Cisss....berkomplot. siap kau!
“ Apa tercegat tu? Tak nak jumpa bakal
mertua ke?” serentak dengan bisikan ryan itu, sebuah jelingan tajam dihadiahkan
kepada jejaka itu, ryan kembali tersengih.
“ Abang! You owe me! Siap abang Sha
kerjakan!” dia yakin abangnya itu tahu akan segala rancangan uminya. Kalau
tidak masakan dia sanggup ambil leave setengah hari gara-gara nak jemput afrina
di kampus. Lagipun, perkara macamni bukan baru sekali ini terjadi, dah
berkali-kali. Hanya berpunca daripada sikap tak endah afrina terhadap soal
jodoh. Uminya cukup risau dirinya akan bergelar ‘andartu’ atau ‘andalusia’ atau
‘kertu’...ahh...apa-apalah. Usia afrina baru menginjak ke angka 27, eh...baru
ke? Bukan dah dikira lanjut jugak ke? Alah Ryan dah 3 series...relaks je...tak
ada pulak umi nak paksa-paksa dia kahwin. Ryan yang mendengar bisikan marah
adiknya hanya tersenyum lantas meletak segala beg yang sedang dijinjitnya
sebelum ke ruang keluarga dan bersalam dengan semua tetamu yang ada di situ.
Afrina dengan langkah terpaksa, membontoti abangnya. Ryan mengambil tempat
disebelah abinya. Afrina pula baru berkira-kira hendak duduk disebelah abangya,
sebelum dipanggil oleh uminya.
“ Nak kemana tu saying? Meh duduk
sebelah umi dan mama ni. Lama dah mama tunggu sha balik. “ Mama? Siapakah
wanita bertudung cantik itu? Muka saling tak tumpah seperti pak lang nya. Tapi
setahu dia, umi tiada adik beradik perempuan lain selain mak su nya yang
telahpun berhijrah ke Abu Dhabi sejak 20 tahun yang lalu. Dia pun jarang
berjumpa dengan makciknya itu. Hanya sesekali berbual melalui facebook dan
skype. Makcik i ada facebook ya....skype pun hado...ko hado??kehkeh. Matanya
tertancap pula pada lelaki berpakaian sederhana, namun kemas pada hematnya,
matanya tenang, setenang wajahnya, kulitnya kuning langsat, namun tidaklah
dikategorikan gebu, gebu tu dah lain macam pulak bunyinya.
“ Eh..terpinga-pinga pula dia, ni mama
Lia. Mama Lia ni adik umi yang dah lama duduk di Aussie...umi tak pernah cerita
pasal mama Lia, sebab...mmm...panjang ceritanya....nantilah umi
ceritakan....salam mama saying, mama Lia ni dah macam mama sha tau...waktu sha
dan ryan kecil mama lia nilah yang selalu jaga korang. Rasanya korang dah tak
ingat sebab waktu tu korang kecil lagi.” Panjang lebar explanation Azrina. Afrina
mengangguk-angguk tanda faham segala butir bicara uminya. Manakala Ryan pula
hanya memerhati wajah mulus adiknya. Ada pelbagai persoalan disitu. Afrina
mencapai tangan ibu saudaranya itu, menciumnya penuh hormat. Lelaki bermata
tenang yang duduk bertentangan dengannya itu hanya mendiamkan diri.
“ Dah besar dah afrina. Berapa umur nya
ni kak?”
“ 27 dah Lia.. dah nak masuk 30
dah...dah boleh jadi mak orang dah”
“ Allah.....betapa lamanya Lia tak
mengikuti perkembangan saudara mara di Malaysia ni kak. Seingat lia, kali
terakhir lia hubungi akak, 15 tahun lepas. Waktu tu, Elham baru nak masuk 14
tahun.” Ada sendu dihujung nada suara Mama Lia. Mama Lia? Laju je nama itu
keluar dikotak fikirannya.
“ Jangan dikenang perkara yang lepas
Lia. Dah 25 tahun berlalu pun. Anak-anak pun dah besar. Waktu Lia tinggalkan
Malaysia waktu tu, kami semua puas mencari kamu, tapi usaha kami sia-sia..Lia
dah pun tinggalkan Malaysia tanpa tinggalkan jejak. Nasib baik, laki Syura tu
kuat juga travel sana sini, dapat jejak Lia. Akak tunggu-tunggu juga ketibaan
harini Lia. Rindu rasa hati ni kat Lia” Uminya mula menitiskan air mata. Afrina
yang mula faham serba sedikit jalan cerita perpisahan dan pertemuan antara
uminya dan mama Lia itu, hanya tunduk memandang jemari kakinya. Masing-masing
diam menahan sebak.
“eh... buat apa dikenang-kenang cerita
yang dah lama berlalu tu. Dah jadi artifak pun” seloroh Naim menghidupkan
semula suasana ceria. Azrina hanya mengangguk-angguk sambil mengukir senyuman.
Begitu juga mama Lia. Dan lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya itu.
Ryan? Hanya sibuk menaip itu ini di atas handphone note nya. Dia memang mudah
hilang focus. Abangnya yang satu itu ada satu prinsip hidup yang sukar
difahaminya. Prinsipnya berbunyi begini ‘ When you always think about the past,
u will never walk in the future path, so, let it be, and be funky’ ha....tak ke
peribahasa sengal tu...haha
“ Come. Kita ke dapur. I specially baked
a cheese cake for you sis” Azrina sudahpun mengangkat punggung sambil menarik
tangan Mama Lia. Mereka beriringan ke dapur. Lelaki yang duduk bertentangan
dengannya juga turut bangun. Sewaktu melintasi hadapan Afrina, sempat dia
memperkenalkan diri.
“ Muhammmad Elham Fredz. Nice to meet
you, afrina Natasha “ sebuah senyuman manis dilemparkan kepadanya...omakaihh...patutlah
anak mata perang, kulit kuning langsat...hidung terletak....anak omputih
rupanya. Ryan yang baru tersedar dari mimpi siangnya itu,turut bangun seraya
menepuk-nepuk bahu Elham. Mereka bergandingan membontoti umi sambil berbual-bual
kosong. Abi yang menjadi orang terakhir bangun, memeluk bahu afrina.
“ Come my dear, let have a tea first. I
have something to discuss with you..later...in my office”
“ sure abi....tapi janganlah bagi arahan
macam nak bagi arahan kerja pulak...hehe” Naim memeluk mesra bahu afrina sambil
tergelak besar.
so you all....bab satu dulu ya....lately takde idea...but I try my best to complete this story....ok...see ya in next post!! love all
in love
adma
No comments:
Post a Comment