NO USE FOR NAME

~Manusia dilahirkan dengan kekuatan fizikal dan mental, tetapi aku memilih kekuatan akal dan emosi untuk menjadi peneman dalam melayari bahtera hidup~

Friday, 22 June 2012

SIKAP TIPIKAL ORANG KITA

assalamualaikum

tetiba terajin pulak nak post dalam blog.....topik kita harini....sikap tipikal orang kita....apa pendapat anda?

actually, manusia ni dijadikan pelbagai bangsa....ada MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN BANGSA. Perasan tak? Negara kita dihuni lebih daripada 50% kaum dan bangsa MELAYU...aku juga berbangsa MELAYU.....bukan nak menjatuhkan nama dan martabat orang melayu...sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman....mungkin anda ada pendapat lain yang boleh membidas pendapat saya.sila tinggalkan komen untuk saya perbaiki kesilapan saya ok! (''-)

ok....

FAKTA 1 : SIKAP BANTU MEMBANTU

Logiknya, melayu memang kaya dengan budi bahasa dan sikap bantu membantu....namun, ada sesetengah orang membantu dengan bersyarat atau lebih senang dipanggil membantu dengan mengharapkan balasan. Contoh....ini di alami aku sendiri yang baru lepas mengalami accident. Vios yang baru kubeli 3 bulan yang lepas mengalami kecederaan minor (ceh...dah macam doktor plak aku)...namun, se minor mana pun kecederaannya....tetap masuk hospital jugak....situasinya....tiada yang tak salah dalam kes ni...namun...seorang hamba ALLAH ni...bukan nak bertanya kekangan dan kesusahan kita, malah untuk melepas kesalahan, segala kesalahan tetiba diletak atas bahu mangsa... patutkah?sebagai orang MELAYU....kita perlu prihatin akan masalah MELAYU yang lain...tapi terus terang...aku bukan dibantu malah aku dibebankan dengan masalah yang sepatutnya bukan aku sorang yang menanggungnya.....

FAKTA 2 : SIKAP SALAH MENYALAHKAN

Ha...sikap yang ni...mmg favourite.....salah menyalahkan......macam yang aku tulis kat atas....susah sangat ke nak ucap 'sorry' atau ' saya minta maaf' dengan ikhlas. tau dah...memang susah...sebab tu untuk tutup perasaan bersalah tu, terpaksa la salahkan orang lain...settle problem...hehe

FAKTA 3 : SIKAP LEPAS TANGAN

Sama la macamana yang aku tulis kat atas atas lagi.....lepas tangan....lantak ko la ko nak jadik apa...yang penting part aku da settle....macam tu ke cara orang MELAYU kita?eh hamba ALLAH....kita ni ada budi bahasa, adat, sila patuhi amalan nenek moyang kita ya...

kesimpulannya, aku bukan nak menyalahkan orang...ada sedikit rasa terkilan sebab kita ni semua bangsa dan kaum yang sama iaitu MELAYU. Melayu perlu tolong melayu...barulah terjamin keutuhan bangsa kita....ini bukan cubaan memikat utk pilihanraya....cuma luahan rasa terkilan aku...tak mengapa kalau tak nak bantu...cuma berilah sedikit budi bahasa untuk dikenang masa akan datang...kita hormatkan privasi orang...orang pun akan hormat privasi kita.....

sila lah fahami ayat ini ' sekuat manapun perempuan itu, dia tetap memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya' setidak2nya berilah sedikit perhatian tanda kita prihatin

PEACE NO WAR




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...