NO USE FOR NAME

~Manusia dilahirkan dengan kekuatan fizikal dan mental, tetapi aku memilih kekuatan akal dan emosi untuk menjadi peneman dalam melayari bahtera hidup~

Thursday, 27 September 2012

INILAH ZAKI ISKANDAR.....part 1

Hai readers.................rasanya macam dah lama sangat saya biarkan readers tertanya2....siapakah zaki iskandar yang sebenarnya........ini adalah babak dalam novel sulung saya (novel yang saya hasilkan ketika umur saya 13 tahun). Dengan ilham yang sebesar hama...saya wujudkan watak ZAKI ISKANDAR dan ADLINA bagi mengisi dan mewarnai hari2 saya...... So, zaki iskandar adalah hero pertama yang wujud dalam dunia novel saya....enjoy reading yah!

BAB 25

Bila hati dah terpaut,Janji pula telah diikat,cinta terus terpatri,tunggu dibaja dari hari kehari.Rindu semakin hari semakin menggunung.Bezanya waktu bersahabat dan berkasih jauh bagaikan langit dan bumi.Jika dulu hati kurang tersentuh apabila kata-kata gurauan menyentuh sanubari,tetapi bila hati dah bersatu,kata-kata yang sebegitu rupa benar-benar mengusik jiwa.Bukan Adlina tidak pernah berselisih faham dengan Iskandar.Cuma disabarkan saja kerana dipegang kata-kata orang,zaman bercinta banyak dugaannya. Kadang-kadang Iskandar suka mengusiknya dengan berkata.
“ Hai ,dulu waktu berkawan tak pula sensitif.Dah bersedia nak hidup semati dengan aku ?”
Sering kata-katanya dibalas dengan jelingan tajam daripada Adlina.Namun Iskandar hanya membalas dengan tawa mesra.Sudah begitu sejauh mana dapat dia bawa marahnya ? Namun Adlina akui,Iskandar amat menjaga perasaannya dan hubungan mereka.Hinggakan segala apa yang dilakukan diluar akan diberitahu kepada Adlina.Kadang-kadang Adlina jadi kasihan melihatnya seolah-olah menganggap Adlina tidak mempercayainya walau sebesar hama pun.Yang paling Adlina tidak suka,bila ada yang merasakan Adlina bertindak sebagai queen control.Bila disuarakan persoalan itu kepada Iskandar ,lelaki itu sekadar tertawa lagi.
“ Aku yang memilihmu menjadi suri hatiku.Bukannya mereka.Lagipun,queen control tu tak salah,sekadar memelihara keikhlasan hati masing-masing.Aku tak percaya apa yang orang kata tentang cinta,tapi aku percaya apa yang orang kata tentang keikhlasan”
Adlina mahu kata apa lagi ? Dia rasa bahagia bila Iskandar cukup menghargainya dan sikit demi sedikit dia mula yakin akan perasaannya terhadap lelaki itu.

continue reading ya...............................to be continueee

Thursday, 20 September 2012

SIAPAKAH ZAKI ISKANDAR?


Hai semua...Assalamualaikum...

Hari jumaat yang hening ni....dah x boleh buat kerja....sebab mata dah sembab...malam tadi penat mengadu pada 'dia' yang tak bosan2 mendengar...terima kasih YA ALLAH....kepala ada sket dizzy... aku rasa peredaran darah x berapa nak betul...tapi takpe....kang balik...rendam kaki dalam air suam...sambil minum coklat panas...insyaallah baik....

Sambil menunggu waktu lunch...aku nak bawak semua readers mengenali siapakah lelaki yang bernama 'ZAKI ISKANDAR' dalam hidup aku...aku kenal dia dari umur aku 13 tahun....dari zaman skolah...sampai lah dia dah bekerja...engineer kau.... lebih senang dengan panggilan Is....bagi kawan2 yang rapat dengannya...sangat cool...bagi dia hubungan persahabatan adalah segala2nya....dan... yang paling aku suka kat dia ni....dia bijak membezakan antara persahabatan, rasa sayang dan realiti kehidupan....

Sebagai insan yang sangat mengenali Is....bagi aku, dia ni betul2 meletak cita-cita walaupun kegagalan sering datang dalam hidupnya. Setia....susah nak jumpa lelaki yang setia sekarang ni.

aku petik beberapa kata2 Is ni untuk tatapan semua

'Allah lebih tahu apa yang bakal terjadi pada hambanya pada hari depan. Kalau dihalang sekarang pun, benda nak jadik, jadik juga. Kalau bukan hari ni, esok-esok kena hadapi juga'

Siapakah Zaki Iskandar?

teruskan membaca entri ini ya...................to be concluded........................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...