NO USE FOR NAME

~Manusia dilahirkan dengan kekuatan fizikal dan mental, tetapi aku memilih kekuatan akal dan emosi untuk menjadi peneman dalam melayari bahtera hidup~

Monday, 27 June 2011

my baby...1st masterpiece...let's check it out!!

PROLOG
Afif
Maafkan Ibu sayang…kerana ibu afif pergi tanpa sempat mengenal dengan lebih dekat siapa ayah kandungmu.Kerana salah Ibu juga..baba membuang kita sekeluarga.Salah ibu juga kerana tak dapat jadikan kau insane bahagia sepanjang hayatmu..Afif maafkanlah ibu..

Angin sepoi-sepoi bahasa melurutkan selendangku ke bahu.Air mata ini sudah lama menjadi peneman di kala kesedihan melanda hidupku.Ku tahan air mata yang semakin deras jatuh dari empangannya.Perlahan tangan ku mengusap-usap batu nisan di hadapanku.Afif Hakimi adalah cahaya mata pertamaku.Cahaya mata yang lahir ke bumi ini atas penderitaan dan dosaku.Namun aku tidak menyesalinya.Cuma kerana kekhilafan dan keterlanjuran insane yang ku anggap kawan,hidupku dan Afif di buru derita sepanjang hayatnya.. ku seka sekali lagi air mata dipipiku..Afif…ibu pergi dulu sayang..ibu janji ibu akan datang lagi….

PERKAHWINAN

Duduk ku jadik tak tenang.Hatiku tak keruan.Ibuku,abang sulungku dan adik-adikku duduk mengadapku.Terasa seperti runyai duduk ditengah-tengah ahli keluargaku yang tak lepas-lepas memandangku.Suasana bisu seolah-olah membunuhku.Abang sulungku berdehem.Sejak ayah meninggal dunia,dial ah menjadi ketua keluarga.Hidup kami adik beradik dikawal olehnya.
“Suri,kenapa diam?Suri dah ada keputusannya belum?”Ibu yang sedari tadi tunduk membisu mula menghalakan pandangannya ke arahku.sinar matanya seolah-olah memberi jawapan ke atas segala soalan abang long tadi.
“Suri serahkan pada bang long dan ibu untuk membuat keputusan,apa yang baik bagi kalian,baik juga pada suri”Abang long tersenyum puas hati akan jawapanku yang sebenarnya seolah meragut nyawaku dari jasadku.
Aku tidak mahu menambah beban dihati ibu dan bang long yang sangat menyayangiku. Cukuplah sekali .Pembatalan pernikahanku disaat aku sedang bersiap sedia dengan inai dijari cukup membuat hatiku hancur.masa depanku seolah-olah tiada lagi.saat itulah air mata mula menjadi peneman hidupku.Peristiwa itu menjadi buah mulut orang kampong. Maruah keluargaku dicemuh.Aku dituduh pernah mengandungkan anak luar nikah dan tidak dara lagi.Kekasih hati yang sangat ku cintai mengambil keputusan menikahi sahabat baikku sendiri di hari yang sepatutnya menjadi hari pernikahan kami.
“Suri,encik Badrul tu baik orangnya.Abang dah 5 tahun kerja dengan dia.Dia pun dah banyak tolong keluarga kita.Hidup suri akan bahagia dengan dia,abang bukan nak paksa suri tapi suri sendiri tahu,keluarga kita dah cukup malu dengan tuduhan keluarga Haris, abang rasa ini sajalah jalan terbaik untuk buktikan pada orang kampong yang tuduhan mereka semua tu tak benar.Perkahwinan ini akan membersihkan nama suri dan keluarga kita.Suri fahamkan?” abang long bersuara perlahan.air mata mula merembes keluar dari empangannya.Perlahan-lahan ku anggukan kepala.tanda aku faham penderitaan keluargaku dan aku serahkan soal jodoh dan masa depanku kepada abang sulungku dan ibuku.
Pernikahanku dengan insane bernama Badrul Hisyam berlangsung seminggu selepas perbincangan antara kami sekeluarga.Walaupun aku tidak pernah bersua muka dengan lelaki yang telah sah menjadi suamiku ini,apatahlagi memadu kasih berdua,namun aku tahu hidupku dan masa depanku adalah untuknya kini..suka atau tidak aku harus terima dia sebagai suamiku.

KEKASIH LAMA
Benarlah seperti yang digambarkan oleh abang long.Abang Badrul sangat baik orangnya.Dia menyayangiku dan melayaniku bagai menatang minyak yang penuh.Walaupun kasih sayangku belum sepenuhnya terhadap dia namun aku cuba untuk menyayanginya.Kasihku terhadap Haris belum mati..Abang Badrul tahu tentang itu.Namun dia sangat sabar dalam melayani kerenahku. Atas urusan perniagaan kami akan berhijrah ke kota London.Tinggal beberapa hari lagi sebelum kami berangkat Haris datang berjumpa ku dirumah.Ingin saja kupeluk tubuhnya,ingin kuberitahu betapa deritanya aku di atas perbuatannya.namun aku tak mampu..Haris mengucapkan tahniah di atas pernikahanku.Dengan wajah sugul haris meminta maaf di atas tindakannya membatalkan pernikahan kami disaat akhir
‘Haris sayangkan Suri.Sangat sayang dan cinta.tapi kebodohan haris telah memakan diri Haris sendiri.Suri,maafkan Haris.kalaulah waktu itu Haris lebih percayakan Suri dari dahlia tentu kita hidup bahagia sekarang.Tapi apakan daya,masa tak boleh nak diundur semula..semoga bahagia suri’ pergi sudah cinta hatiku.Terjelepuk aku disitu.air mata yang selama ini menemaniku di kala kesedihan melanda hatiku tidak mahu keluar dikala ini.Rupa-rupanya Dahlia sahabat baikku sendiri telah mencanang perihal yang tidak benar itu kepada keluarga Haris.Sampai hati sahabatku sendiri yang selama ini kupercaya dan kuharapkan menjadi tugu pertahananku sanggup menikamku dari belakang hingga mengakibatkan aku dan Haris berpisah kasih.Wajah sugul Haris cukup menggambarkan betapa derita nya kehidupannya sekarang..kau juga perlu tahu..aku juga derita Haris..

KOTA LONDON
Pertama kali menjejakkan kaki ke kota London membuatkan aku takjub.Bandar yang kaya dengan seni binanya ini cukup unik dipandangan mataku.Abang badrul tak berenggang daripadaku.Mungkin dia tahu aku gugup berada di negara orang.
“Jangan jauh-jauh dari abang ya sayang”kata-katanya itu memberi semangat kepadaku.Aku juga tidak berani berada jauh darinya.Malam itu kawan-kawan Abang badrul mengajak kami makan malam bersama.Aku selaku orang luar hanya membatukan diri dan sesekali menjawab apabila soalan diajukan oleh kawan-kawan abang badrul.Dalam melayani perasaan sendiri aku terasa seperti ada sepasang mata yang sedang memandang dan memerhatikanku.sesekali aku melirik ke arahnya dan senyuman ikhlas kuhadiahkan kepadanya.tanda perkenalan.

SAHABAT BARU
Haziq Syamri..tidakkah nama itu cukup indah dan sedap disebut?Dia menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.Abang Badrul memperkenalkannya sebagai sahabat baiknya yang sudah lama berhijrah dan bermastautin di kota London ini.Senyuman dari lelaki bernama Haziq Syamri itu cukup manis dan ikhlas.
“Suri Nadira” ringkas jawapanku apabila disapa olehnya.seterusnya kami berdua berpisah.Dia meneruskan perbualan dengan abang badrul dan aku terus melayan perasaan
Cuaca di Kota London sangat kontra dengan Malaysia.Aku mula tidak sedap badan dan selalu jatuh sakit.kasihan Abang Badrul terpaksa mengambil cuti demi melayani diriku.Kadang-kadang aku terpaksa memaksanya untuk pergi bekerja.Dia terlalu mengambil berat akan diriku.Keprihatinannya membuat aku serba salah.Aku bukanlah isteri yang baik.Isteri yang baik tidak akan menyimpan perasaan terhadap bekas tunangannya.Dan isteri yang baik akan menjalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik.Tapi aku tidak lakukan itu.

DINODAI
Aku mula tidak sihat badan kembali.Abang badrul sudah pun berangkat ke luar kota kerana ada mesyuarat penting pada keesokan harinya.Aku tahu dia sangat khuatirkan diriku.Tapi aku mati-matian mengatakan padanya bahawa aku baik-baik saja.Melalui telefon aku meyakinkannya kerana aku tidak mahu kerjanya terganggu dek sakitku yang sekejap kebah sekejap datang ini.
“Jaga diri baik-baik sayang.Abang pergi sekejap saja.Esok selesai mesyuarat abang janji abang akan pulang segera”aku hanya mampu berjanji bahawa aku akan jaga diriku baik-baik walaupun aku tahu aku tidak mampu.Ketukan dipintu mematikan lamunanku.Alangkah terkejutnya aku apabila sebaik pintu dibuka susuk tubuh seorang lelaki berdiri dihadapanku.Dalam keadaan salji tebal aku tidak sanggup membiarkannya kesejukan.Kupelawa Haziq masuk.Aku tahu salah sebenarnya tindakanku membiarkan lelaki yang bukan muhrim masuk kedalam rumah disaat suamiku tiada dirumah.tapi naluri kemanusiaanku menepis semua rasa bersalah tersebut.
“Hisyam call I tadi.he told me that you’re not feeling well.Biasalah cuaca Malaysia dan London jauh beza.So He asked me a favor.Dia minta I jaga you malam ni.”
“Eh..tak apalah.Saya sihat.Tak manis kalau orang tahu encik haziq bermalam di sini”
“Don’t worry.I promise that I’ll leave after you go to Bed” aku mahu bersuara lagi tapi hatiku melarang.Biarlah.lagipun aku memang agak takut tinggal seorang dirumah lagi-lagi Abang Badrul tidak pernah meninggalkan aku sendirian di malam hari.
Sedang aku melangkah masuk ke bilik kepalaku tiba-tiba terasa berat.Antara sedar dan tidak aku tidak mampu mengimbangi tubuh badanku sendiri.Mujurlah Haziq cepat menyambar tubuhku dari jatuh dan aku dikendongnya.Dia memberikan aku ubat dan segelas air untuk menenangkan sakit kepalaku..tanpa sedar aku telahpun terlena..dan aku lupa apa terjadi selepas itu.
Sinar cahaya matahari memancar terus ke mataku.Kepalaku masih berdenyut-denyut.Sedikit cuba kubuka mataku ini.Sejuk pagi menggigit tulangku.Percaya dan tidak aku terpana saat mataku menangkap susuk tubuh yang sedang lena tidur disebelahku.Tubuh itu bukan milik Abang Badrul.Bukan!!Lalu kuselak perlahan selimut yang menyelimuti tubuhku.Tiada Seurat benangpun yang tinggal menutupi tubuhku.Aku tidak dapat mengawal emosiku.Aku menangis semahunya.Apa yang terjadi semalam?Hanya Haziq ada jawapannya.haziq terjaga dari tidurnya.Dia juga tidak berpakaian.YA ALLAH..apa yang telah dia lakukan terhadapku.Dia menodaiku.Dalam ketidaksedaranku.Dia menodaiku.Haziq berkali-kali meminta maaf padaku namun aku tidak dapat memaafkannya apatah lagi memaafkan diriku.aku tidak dapat buat itu..

RAHSIA
Kehidupan kami berjalan seperti biasa.haziq sering juga menanyakan khabarku melalui Abang badrul.Namun pertanyaannya itu kupandang sepi.Abang Badrul tidak menyedari keanehan sikap kami berdua kerana dia sedang bahagia melayari hari-hari menjadi seorang bapa.Pada siapa harus aku suarakan kebimbanganku.Anak ini bukan milik Abang Badrul.Ianya milik Haziq Syamri!Sepanjang 9 bulan mengandungkannya kepalaku tidak henti-henti memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.Aku berdoa agar Abang badrul tidak mengesyaki apa-apa.Berdosa sungguh aku di atas apa yang telah berlaku.Haziq Syamri juga telah lama tidak kami hubungi.Kami telah pulang ke Malaysia sewaktu kandunganku berusia 3 bulan.Tanggal 5 November aku selamat melahirkan anak lelaki yang kami beri nama Afif hakimi.Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana anak itu tidak langsung mempunyai iras Haziq Syamri.Walaupun aku membenci Haziq namun aku tidak membenci anak ini.Dia darah dagingku..

TERBONGKAR
Afif Hakimi membesar dengan penuh kasih sayang yang dicurahkan oleh aku dan abang Badrul.Memandangkan kami tidak dikurniakan anak lain selain afif ,kami cukup menyayanginya. Namun panas yang kuharap hingga kepetang tidak berpanjangan.Abang Badrul dan Afif terlibat dalam kemalangan jalan raya.Mujurlah tidak terjadi apa-apa kepada kedua-dua orang yang sangat aku saying dalam dunia ini.Selepas kemalangan tersebut Abang badrul mula menjauhkan diri dari kami sekeluarga.Ada kala sehingga seminggu dia tidak pulang kerumah.Aku mungkin boleh bersabar dengan keadaan ini tapi afif masih kecil.Apalah kanak-kanak berusia 8 tahun itu tahu erti rajuk orang dewasa.Afif yang rapat dengan babanya mula sakit.Rindu.Bayangkan seorang yang rapat dengan kita tiba-tiba menjauhkan diri.aku dapat rasakan penderitaannya itu.Ada juga Abang Badrul pulang ke rumah.Namun dia tidak pernah mahu meluangkan masa dengan afif apatahlagi denganku.Hingga tiba satu hari dia mengemas semua barang-barangnya dan pergi begitu saja.Itu pun baru kusedari selepas dia tidak pulang semalaman.Kononnya dia ke luar Bandar,namun bila aku mendapat panggilan dari pejabatnya barulah aku tahu bahawa syarikat Abang Badrul mengalami masalah kewangan.
Deritaku tidak berhenti di situ.Bukan masalah Abang Badrul saja mencuri perhatianku,kesihatan Afif juga mula mengganggu gugat hidup kami.Dalam keadaan abang badrul yang hilang entah ke mana,afif pula di sahkan menghidap sakit buah pinggang.Buah pinggangnya mengalami komplikasi berikutan pembedahan selepas kemalangannya beberapa bulan yang lalu.Dia memerlukan penderma buah pinggang yang sesuai.Sekarang tahulah aku kenapa abang Badrul menjauhkan diri dari kami sekeluarga.Selepas kemalangan yang hampir-hampir meragut nyawa anak tunggalku dan suamiku,abang badrul ada membuat pemeriksaan dan doktor telah mengesahkan bahawa darah afif tidak sama dengan golongan darahnya.Yang membuatkan abang badrul kecewa ialah dia disahkan tidak boleh mendapat zuriat dan penyakitnya itu telah dihadapinya sebelum dia berkahwin dengan aku lagi.Jadi,abang Badrul tahu afif bukan anaknya?

PERTEMUAN DAN KEMATIAN
Keadaan afif semakin kritikal.Doktor mengesahkan aku tidak layak untuk menderma buah pinggang kepada afif kerana golongan darahku tidak sama dengan golongan darah afif.Ada lain hanya seorang saja yang dapat menyelamatkan nyawa afif di saat genting ini adalah ayah kandungnya sendiri iaitu Haziq Syamri.Tapi,dimana harus aku cari dia ? sudah 9 tahun aku tidak mendengar khabar darinya.aku sudah putus harapan.Hari-hariku ditemani air mata.Aku sudah kehilangan suamiku tempatku bergantung,dan kini aku bakal kehilangan satu-satunya anak yang ku ada dan kusayang.Ya Allah,berat benar dugaanmu ini.
Keadaan kewangan yang mula meruncing menuntutku untuk bekerja semula.Namun tidak kusangka keputusanku untuk bekerja semula menemukan aku semula dengan lelaki yang pernah menghancurkan masa depanku dahulu dan dia jugalah yang menuang racun dalam madu hidupku.Kukira mungkin lelaki ini sudahpun berkahwin.Kerana mengikut perkiraanku umurnya agak tua sekarang.apa yang pasti aku tidak akan sekali-kali membiarkan diriku bertemu dan bersua muka dengannya.
“Suri,apa khabar you sekarang?”soalannya itu benar-benar membuatku marah.Aku membiarkan soalannya tanpa jawapan.Hari-hariku ku isi dengan bekerja dan menemani afif di hospital.aku mula Nampak jalan buntu bila doctor mengesahkan tiada jalan untuk memulihkan afif.satu hari aku dikejutkan dengan permintaan tulus seorang anak yang merindui ayahnya.
“Ibu,afif tau baba bukan ayah afif.Tapi afif sayangkan baba..ibu bawalah afif pergi jumpa baba..ibu afif janji afif tak minta apa-apa lagi.afif Cuma nak jumpa baba dan ayah…”runtun hatiku mendengar ayat tersebut.Apa yang perlu aku lakukan.Walaupun hari-hari aku berjumpa dengan Haziq namun aku tak mampu untuk memberitahunya tentang afif.aku terlalu lemah disaat ini.Dipangkuan ibu aku menangisi nasibku.Di saat ini aku perlukan kekuatan dari ibu.
“Suri,untuk terakhir kali,temukanlah afif dengan Haziq.janganlah dera afif dengan amarahmu itu. Haziq juga perlu tahu bahawa afif adalah anaknya.darah dagingnya.Percayalah cakap ibu..ini adalah jalan terbaik untuknya”
Atas nasihat ibu,aku mempertemukan Haziq dengan zuriatnya,zuriat yang lahir tanpa pengetahuannya dan zuriat yang amat menderita kerana kekhilafannya dulu.Runtun hati keibuanku saat kulihat Haziq memangku kepala Afif dan membawanya kedalam pelukan.
“Afif saying,ini ayahmu nak.Ini ayah kandung afif..”dapat kulihat senyuman yang terukir dibibir anakku.dan setitis airmata jatuh di atas pipinya.Air mata seorang ayah..
“Ayah…”
“Maafkan ayah sayang,ayah berdosa pada ibumu,pada babamu dan pada kau anakku.maafkan ayah.ayah sayangkan afif dan ayah janji ayah akan jaga ibu baik-baik”suasana wad dimana afif ditempatkan hening.akhirnya…afif hakimi menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan ayah kandungnya..serta merta dunia ku gelap..



KEPULANGAN
Aku terasa seperti ada tangan yang membelaiku.
“Suri,bangun sayang..abang dah pulang…suri”perlahan-lahan kubuka mata.seperti di dalam mimpi dapat kulihat abang badrul mengusap-usap kepalaku.
“abang…afif dah tak ada…”sedih hatiku masih tak dapat kubendung.lalu abang badrul membawaku kedalam pelukannya dan aku terlena dalam tangisan.

KEMAAFAN
Kuselak satu persatu gambar kenangan antara aku dan anakku..hatiku sakit melihat gambar-gambar kenangan tersebut.aku amat merinduinya..sangat.andainya afif tahu bahawa babanya telah pulang untuk meminta maaf kepadanya..alangkah bahagianya dia.namun segala-galanya telah terlambat.aku juga sudah ceritakan segala-galanya apa yang berlaku antara aku dan dia,aku dan Haziq kepadanya.Dari pandangan mataku,abang badrul tidak dapat menerima kebenarannya.tapi kujelaskan padanya,aku tidak mampu untuk meneruskan ikatan perkahwinan ini.Kerana aku tahu akan ada yang terluka seandainya ikatan ini diteruskan.Abang Badrul amat kecewa dengan keputusanku.Namun aku tahu aku hidup untuk diriku dan kenangan-kenangan hitamku itu..beberapa hari kemudian Haziq datang memohon maaf daripadaku.Dia memberitahu segala rahsia yang tersimpan bertahun-tahun di dalam lubuk hatinya.Betapa peritnya hati tatkala tahu bahawa perempuan yang dicintainya pada pandangan pertama sudah bersuami.Dia berusaha dekat denganku dan malam itu,dia menodaiku dengan alasan mahu menjadikanku haknya luar dan dalam.kemudian dia menyesali tindakannya kerana menodaiku.Rupa-rupanya Haziq telah lama tahu bahawa Abang Badrul mandul.Dan apabila mengetahui bahawa aku mengandung dan melahirkan anaknya,dia terus menerus mencariku hinggalah kami berjumpa secara tidak sengaja pada saat zuriat kami sedang bergelut dengan kematian.Dan kenyataannya,haziq juga tidak menamatkan zaman bujangnya hingga kini….

EPILOG
Aku melangkah perlahan keluar dari kawasan perkuburan islam dimana jasad afif disemadikan..ada seseorang menantiku..menantiku dengan penuh sabar di luar kawasan perkuburan itu
“Afif,ibu telah tunaikan amanatmu buat terakhir kali nak..ibu akan menyayangimu buat selama-lamanya dan ibu telah memilih untuk memberi peluang ….untuk yang terakhir kepada ayahmu….bersemadilah dengan aman anakku”
Haziq Syamri…kemaafan itu bukan milik kita tapi aku cuba untuk menagihnya dan untuk yang terakhir….peluang itu mungkin ada……………adma




1 comment:

  1. 1st masterpiece....utk yg terakhir....please leave your comment here dear...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...