NO USE FOR NAME

~Manusia dilahirkan dengan kekuatan fizikal dan mental, tetapi aku memilih kekuatan akal dan emosi untuk menjadi peneman dalam melayari bahtera hidup~

Wednesday, 28 August 2013

MY NEW BABY!! ENJOY READING!


Hi All readers!

Macam lama gitu dah tak update my only and beautiful blog! sibuk dengan kije....sibuk dan sangat sibuk nasib baik makan sempat...hakhak....now...turn 180 my time to my only biz...biz premium beautiful...oh my...ramai puji my body shape....and guess what? I x realize pun...Alhamdulillah....ok...tengah2 hari ni....sedang2 buat paperwork mohon bajet (untuk my bos! I x rehat gara2 kerja u bagi I ya! highlight!font 72 arial black) curi masa skit...hihi...yang ni pakai font 7 je...kihkih

my hobby ..... membaca ....my favourite...menulis...tattara.....today, for the first time....I want to share my new baby...... unknown title ( Have one in mind but x boleh expose lagi...shhh) and my new hero.... Ryan Iqram...oh yaw....im so into him...really...because I create his personality near to mine...same career....same situation....last but not least....share a same story with me....ya lah....u like sumone very very much....derr...then...u cant tell him...just keep it yourself almost 3 years...haha...oh dear...lupakan...so....this is my new baby....mempersembahkan.....enjoy reading all!!


BAB 1

            Satu persatu helaian majalah di depannya diselak dengan marah.Matanya melirik namun pemikiran dan fokusnya tidak disitu.Mulutnya menggumal sendiri.terkumat-kamit. Entah apa yang dibebelkannya,yang penting hatinya panas.Bahang panasnya sudah sampai ke kepala.

‘tak guna,lahanat,lahabau,kerbau…’ bebelnya dalam hati sambil pen ditangan dicucuk-cucuk ke permukaan majalah. Habis gambar Awal ashari menjadi mangsa.Tak pasal-pasal ada misai dan jambang ‘extra’.Panjang sampai ke dada pulak tu… Dibayangkan manusia di dalam gambar itu seperti Ryan Iqram.Jika lah lelaki itu terpacul di depan matanya saat itu, siaplah kau! Menjerit-jerit hatinya..

“Sayang…marah sangat dekat abang sampai berkecai muka si awal ni…abang tau lah abang hensem macam awal ashari..” serentak dengan teguran tersebut terpelanting segala benda yang ada di tangannya..pen,majalah, habis dicampak beserta dengan sound effect ‘opocot’ nya sekali..nasib baik version latahannya dalam nada irama Malaysia..kalau nada rock,pasti dirinya sedang menjadi tumpuan orang ramai tika ini. Serentak dengan itu tawa gelihati meletus dari bibir lelaki itu yang sibuk mengetepikan barangnya lalu melabuhkan punggung disebelahnya.Mencerlung matanya memandang ke wajah lelaki tersebut yang berada disisinya itu.

’Hek eleh…selamba je ko eh…Bukan ada niat nak mintak maaf ke apa..cis!’ gumamnya dalam hati. Bibirnya dimuncungkan tanda protes.

Ryan tetap buat bodoh dan lagak bangangnya.dikutip majalah yang tadinya menjadi bahan lepas geram Afrina , lalu dibeleknya.Dia tahu dikala itu mata adiknya sedang merenung tajam ke arahnya. Dia sudah cukup masak dengan perangai adik kesayangannya itu.Afrina Natasha,gadis polos yang terlalu disayanginya,tidak pernah walau sesaat pun mereka dipisahkan.Gadis itu panas baran namun manja.Tidak pernah sekalipun dia mahu berenggang dari abang kesayangannya itu,hinggakan ketika dibangku sekolah ramai menganggap mereka adalah pasangan kekasih memandangkan rupa mereka yang jauh berbeza itu.Bila diajukan persoalan itu kepada Umi dan Abi mereka , jawapannya hanya satu ‘memanglah tak sama ,sha ikut keluarga belah umi , abang ikut keluarga belah abi..sebabtu lain..yang penting binti dan bin nya sama kan?’ umi menjawab dengan senyuman nipis.Pernah juga berlaku , kerana takut diganggu oleh lelaki yang menggilainya dalam diam Afrina nekad menggunakan abangnya,memintanya menyamar sebagai kekasihnya agar lelaki tersebut tidak lagi mengganggunya.Bila dikenang-kenang kisah lama ianya menjadi bahan gelak mereka berdua.Jarak usia yang hanya 3 tahun membuatkan mereka sependapat dan sehaluan.Jika orang bercinta dikira ada ‘kimia’ lah…

Ryan melontarkan pandangan kearah adiknya setelah soalannya tidak berjawab. Afrina yang masih memandangnya dari tadi mula mencebikkan bibir

“Eh orang bulan , ntah datang dari bulan mana ntah..alih-alih tegur orang” gumam afrina

“Aik…apasal orang bulan pulak” Ryan menggaru-garu kepala tidak faham.

“Sebab kalau orang bumi , dia ikut jam dunia , sekarang ni pukul 5 petang,kalau orang bumi dari pukul 2 lagi dia dah sampai..tapi kalau orang bulan memang lembab sikit”

Ryan sambung ketawa.Sememangnya dia telah berjanji untuk menjemput afrina di universiti,namun kejadian yang tidak diingini telah berlaku sewaktu dia dalam perjalanan ke Uitm .Dia sudah menghitung-hitung,pasti lunyai telinganya dibebeli adiknya yang diibaratkan ‘umi versi junior’ itu.Pasti juga memakan masa yang lama untuk memujuk hati gadis itu.Paling tidakpun habislah poketnya terpaksa membelanja gadis itu makan di pizza hut.Afrina walaupun berbadan kecil namun selera makannya besar.Ryan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Hatinya tiba-tiba terasa geli hati..dari tadi matanya tidak lepas memandang afrina.Mulut gadis itu yang mula memuncung memancing tawanya.Ditariknya muncung gadis itu.Afrina menjerit marah.Tidak dihirau pandangan mata beberapa orang siswa yang sedang duduk berhampiran mereka.

“ Ha….ada hati nak merajuk-rajuk dengan abang….ha…nak kena lagi tak?” Ryan baru berkira-kira hendak mengulangi perbuatannya tadi,namun tangan gadis itu pantas bertindak menepis tangan ryan sebelum sampai ke bibirnya.Ryan ketawa berdekah-dekah.Afrina masih mengusap-usap bibirnya yang sakit ditarik Ryan.Bunyi deringan telefon mematikan tawa Ryan.segera dijawab panggilan telefon tersebut yang membingitkan.Afrina menjeling sekilas kearah abangnya disebelah..wajah itu….sungguh kacak dimatanya,wajah itu …sungguh tenang…wajah itu….mendamaikannya….kalau saja Ryan Iqram bukanlah abang kandungnya,pasti dialah orang pertama yang tergila-gilakan jejaka itu.Pakej lengkap yang ada padanya sudah cukup menjadikan Afrina pos bergerak di kampus itu.Ketika Ryan masih di tahun pengajiannya dalam bidang Senibina,afrina sering menjadi orang tengah.Banyak siswi yang meminatinya.Namun sering dipandang sepi setiap nota yang sampai kepadanya. Masih segar diingatannya , ketika Ryan ditahun akhirnya di university , ada seorang gadis yang cukup meminatinya.Hinggakan ketika Ryan bertungkus lumus membuat persediaan untuk final review,gadis itu sanggup membantunya.Cuma kelemahan yang ada pada abangnya itu,dia amat sukar mengatakan tidak kepada sesiapa sahaja walaupun untuk perkara yang tidak disukainya.Berbeza dengan dirinya yang hanya tahu apa disukainya tanpa memikirkan orang lain.

“Jom balik…Umi dan Abi tunggu kat rumah “ Afrina terkocoh-kocoh mengemas barang lalu berlari anak membuntuti abangnya yang sedang menuju ke parkir kereta.Bukannya afrina tiada kenderaan untuk ke kampus,malah atas rengekannya abinya telahpun membelikannya sebuah skuter.Namun,dia sengaja membebani Ryan dengan meminta abangnya itu menghantar dan mengambilnya dari kampus.Yang bagusnya,tidak pula lelaki itu merungut-rungut walaupun kenyataannya Ryan juga ada kerja yang harus dilakukan.Cuma bila dia terpaksa bertugas diluar Bandar sahaja,barulah Afrina ‘pandai’ untuk pergi dan pulang ke kampus sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Sudah banyak kali uminya membebel.Abinya hanya tersenyum meladeni sikap manja anak bongsunya itu.Apa boleh buat…mereka memang memerlukan antara satu sama lain

 

Ryan tersenyum-senyum namun fokusnya masih tetap pada pemanduannya.Pesanan ringkas yang diterimanya mengingatkannya kepada seseorang.Afrina perasan akan reaksi abangnya yang tersenyum sumbing dari tadi.Bukan setakat senyum-senyum…siap boleh menyanyi walaupun lirik yang keluar dari bibirnya ntahahapehape.Gumbira sungguh lagaknya.

“Abang…ni apasal senyum-senyum macam kerang busuk ni.”teguran afrina membawanya ke alam nyata.

“Ha?takde pape…”

“Yelah tu…takde pape….seram orang tengok…sakit bijik mata sha tengok…boleh tak jangan sengih-sengih macamtu”perli Afrina.

“Alah…senyum pun tak boleh…tak ke sha rasa abang ni memang nampak kacak bila tersenyum macamni?abang terasa handsome.” Meletus tawa dari ulas bibir ryan bila selesai berkata-kata..Haktuih…perasan nak mampus….Afrina menjuihkan bibir comelnya.Cepat-cepat ryan mencubit bibirnya yang sedang memuncung.Yes!!kali ni Berjaya!Afrina baru bercadang untuk membalas perbuatan ryan,namun hajatnya dimatikan setelah deringan telefon menjerit-jerit membingitkan telinga.Kelam kabut afrina menggeledah isi perut handbagnya mencari telefon yang berdering bingit.

“ye Umi!ye..ye…on the way nih…abang ada kat sebelah ni…dia yang salah umi..bawak kereta macam siput sedut.siput sedut pun laju mi…”Afrina sengaja berseloroh untuk menyakiti hati abangnya.Ryan yang sedang khusyuk memandu tersentak apabila namanya disebut sebagai pesalah di dalam hal ini.

’Ini sudah lebih..dia yang jalan slow macam ratu cantik nak salahkan orang pulak’bebel ryan dalam hati.Tanpa sedar afrina dapat menangkap ketidakpuasan hati abangnya melalui memek muka jejaka tersebut.alalala…..dia suka bila ryan buat muka begitu,dan yang paling dia suka bila ryan tersenyum menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.Dia …bukanlah kategori lelaki tampan setampan tom cruise,namun senyumannya bisa buat gadis tak tidur malam.Afrina membalas jelingan abangnya dengan senyuman.

“apa tengok-tengok?”sergah ryan tanpa menoleh kearah afrina.Cepat-cepat afrina menoleh kearah lain..alamak kantoi la pulak…haha

“cepat la drive tu siput sedut..umi dah bising”

Kereta meluncur laju membelah kesibukan jalan raya menuju ke destinasi.

 

Tanpa mengucapkan terima kasih, afrina terus meluru keluar dari kereta. Ryan yang sedang terkial-kial mencapai segala beg-beg afrina di tempat duduk belakang tidak dihiraukan. Namun, baru beberapa langkah, gadis itu berpatah balik mendapatkan Ryan.

“ Hah? Apsal ni? Tadi bukan main laju macam nak terkincit je gayanya.” Seloroh Ryan seraya mengangkat keningnya. Afrina tersengih sumbing sambil memuncungkan mulutnya kea rah kasut-kasut yang berselerakan di hadapan pintu masuk utama villa mereka.

“ Abang, sha lupa nak Tanya, ada function pape kat rumah sampai umi dan abi tergesa-gesa suruh balik awal ni?” Ryan hanya mengangkat bahu.

“ Sorry, saya tak tahu apa-apa hokay. Saya hanya diberi arahan untuk membawa balik tuan puteri yang cengih ni tepat pada masa seperti mana yang diarahkan.” Nah...sekali lagi dia senyum menunjukkan sebaris giginya yang putih itu...siap pakej lesung pipit...bukan satu tapi dua...ahhhh....tergodanyaaaa....

“ Cengih...cengih....bagi cengkih baru tau” Afrina terus berlalu meninggalkan abangnya yang masih tersengih penuh makna itu. Kaki dihayun laju melintasi ruang utama villa. Sesekali terdengar bunyi gelak tawa bersahutan, tawa umi, tawa abi.....dan tawa-tawa insane yang tak dikenali.

“ Ha....balik dah anak kesayangan umi ni...mari sini saying “ Afrina baru berkira-kira mahu terus naik kebilik. Keletihan seharian di university, menghadiri sesi kuliah membuat otaknya sendat dan penat. Kalaulah jadi student sesenang menjadi Afrina Natasha di dalam villa ini, alangkah bahagianya...nge~

Senyuman cuba diukir, tetamu umi dan abi adalah tetamunya juga. Posisi badan dialih kea rah suara uminya. Serentak dengan itu Ryan tiba di hadapan pintu masuk utama. Di kiri dan kanan tangannya penuh dengan beg-beg. Punya Afrina. Punya dirinya sendiri juga. Afrina hanya berdiri disitu. Aduhh....umi dan match maker nya yang tak sudah-sudah. Patutlah Ryan tersenyum penuh makna tadi. Cisss....berkomplot. siap kau!

“ Apa tercegat tu? Tak nak jumpa bakal mertua ke?” serentak dengan bisikan ryan itu, sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada jejaka itu, ryan kembali tersengih.

“ Abang! You owe me! Siap abang Sha kerjakan!” dia yakin abangnya itu tahu akan segala rancangan uminya. Kalau tidak masakan dia sanggup ambil leave setengah hari gara-gara nak jemput afrina di kampus. Lagipun, perkara macamni bukan baru sekali ini terjadi, dah berkali-kali. Hanya berpunca daripada sikap tak endah afrina terhadap soal jodoh. Uminya cukup risau dirinya akan bergelar ‘andartu’ atau ‘andalusia’ atau ‘kertu’...ahh...apa-apalah. Usia afrina baru menginjak ke angka 27, eh...baru ke? Bukan dah dikira lanjut jugak ke? Alah Ryan dah 3 series...relaks je...tak ada pulak umi nak paksa-paksa dia kahwin. Ryan yang mendengar bisikan marah adiknya hanya tersenyum lantas meletak segala beg yang sedang dijinjitnya sebelum ke ruang keluarga dan bersalam dengan semua tetamu yang ada di situ. Afrina dengan langkah terpaksa, membontoti abangnya. Ryan mengambil tempat disebelah abinya. Afrina pula baru berkira-kira hendak duduk disebelah abangya, sebelum dipanggil oleh uminya.

“ Nak kemana tu saying? Meh duduk sebelah umi dan mama ni. Lama dah mama tunggu sha balik. “ Mama? Siapakah wanita bertudung cantik itu? Muka saling tak tumpah seperti pak lang nya. Tapi setahu dia, umi tiada adik beradik perempuan lain selain mak su nya yang telahpun berhijrah ke Abu Dhabi sejak 20 tahun yang lalu. Dia pun jarang berjumpa dengan makciknya itu. Hanya sesekali berbual melalui facebook dan skype. Makcik i ada facebook ya....skype pun hado...ko hado??kehkeh. Matanya tertancap pula pada lelaki berpakaian sederhana, namun kemas pada hematnya, matanya tenang, setenang wajahnya, kulitnya kuning langsat, namun tidaklah dikategorikan gebu, gebu tu dah lain macam pulak bunyinya.

“ Eh..terpinga-pinga pula dia, ni mama Lia. Mama Lia ni adik umi yang dah lama duduk di Aussie...umi tak pernah cerita pasal mama Lia, sebab...mmm...panjang ceritanya....nantilah umi ceritakan....salam mama saying, mama Lia ni dah macam mama sha tau...waktu sha dan ryan kecil mama lia nilah yang selalu jaga korang. Rasanya korang dah tak ingat sebab waktu tu korang kecil lagi.” Panjang lebar explanation Azrina. Afrina mengangguk-angguk tanda faham segala butir bicara uminya. Manakala Ryan pula hanya memerhati wajah mulus adiknya. Ada pelbagai persoalan disitu. Afrina mencapai tangan ibu saudaranya itu, menciumnya penuh hormat. Lelaki bermata tenang yang duduk bertentangan dengannya itu hanya mendiamkan diri.

“ Dah besar dah afrina. Berapa umur nya ni kak?”

“ 27 dah Lia.. dah nak masuk 30 dah...dah boleh jadi mak orang dah”

“ Allah.....betapa lamanya Lia tak mengikuti perkembangan saudara mara di Malaysia ni kak. Seingat lia, kali terakhir lia hubungi akak, 15 tahun lepas. Waktu tu, Elham baru nak masuk 14 tahun.” Ada sendu dihujung nada suara Mama Lia. Mama Lia? Laju je nama itu keluar dikotak fikirannya.

“ Jangan dikenang perkara yang lepas Lia. Dah 25 tahun berlalu pun. Anak-anak pun dah besar. Waktu Lia tinggalkan Malaysia waktu tu, kami semua puas mencari kamu, tapi usaha kami sia-sia..Lia dah pun tinggalkan Malaysia tanpa tinggalkan jejak. Nasib baik, laki Syura tu kuat juga travel sana sini, dapat jejak Lia. Akak tunggu-tunggu juga ketibaan harini Lia. Rindu rasa hati ni kat Lia” Uminya mula menitiskan air mata. Afrina yang mula faham serba sedikit jalan cerita perpisahan dan pertemuan antara uminya dan mama Lia itu, hanya tunduk memandang jemari kakinya. Masing-masing diam menahan sebak.

“eh... buat apa dikenang-kenang cerita yang dah lama berlalu tu. Dah jadi artifak pun” seloroh Naim menghidupkan semula suasana ceria. Azrina hanya mengangguk-angguk sambil mengukir senyuman. Begitu juga mama Lia. Dan lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya itu. Ryan? Hanya sibuk menaip itu ini di atas handphone note nya. Dia memang mudah hilang focus. Abangnya yang satu itu ada satu prinsip hidup yang sukar difahaminya. Prinsipnya berbunyi begini ‘ When you always think about the past, u will never walk in the future path, so, let it be, and be funky’ ha....tak ke peribahasa sengal tu...haha

“ Come. Kita ke dapur. I specially baked a cheese cake for you sis” Azrina sudahpun mengangkat punggung sambil menarik tangan Mama Lia. Mereka beriringan ke dapur. Lelaki yang duduk bertentangan dengannya juga turut bangun. Sewaktu melintasi hadapan Afrina, sempat dia memperkenalkan diri.

“ Muhammmad Elham Fredz. Nice to meet you, afrina Natasha “ sebuah senyuman manis dilemparkan kepadanya...omakaihh...patutlah anak mata perang, kulit kuning langsat...hidung terletak....anak omputih rupanya. Ryan yang baru tersedar dari mimpi siangnya itu,turut bangun seraya menepuk-nepuk bahu Elham. Mereka bergandingan membontoti umi sambil berbual-bual kosong. Abi yang menjadi orang terakhir bangun, memeluk bahu afrina.

“ Come my dear, let have a tea first. I have something to discuss with you..later...in my office”

“ sure abi....tapi janganlah bagi arahan macam nak bagi arahan kerja pulak...hehe” Naim memeluk mesra bahu afrina sambil tergelak besar.



so you all....bab satu dulu ya....lately takde idea...but I try my best to complete this story....ok...see ya in next post!! love all

in love

adma
 

 

 

 

 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...